Impak HALO Kepada Sekolah Lain



(i) PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

TARIKH        : 05 MAC 2018
SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERLIBAT: SMK MAHMUD, SMK SHAHBANDAR HUSSAIN DAN SMK GALI
MASA                        : 08.00 pagi – 02.00 petang




Pelajar-pelajar SMK Mahmud dan SMK Shahbandar telah diberi penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti minggu anti dadah sepanjang minggu. Antara aktiviti yang diadakan  ialah ceramah, pertandingan melukis poster, pameran dan lain-lain.



Guru-guru dari sekolah lain juga terlibat secara tidak langsung semasa pelancaran Minggu Anti-Dadah

Hubungan tenaga-tenaga pengajar terjalin erat memandangkan jarak antara SMK Sungai Ruan ke sekolah lain dalam jarak yang tidak terlalu jauh kecuali SMK Tersang sahaja. Kedudukan yang berdekatan  ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk saling berkongsi maklumat khususnya berkaitan PPDa.



II) CERAMAH ANTI DADAH

Tarikh : 8 Mac 2018
Tempat : Bilik Abad ke-21
Masa : 8.00 pagi


Pelajar-pelajar SMK Mahmud, SMK Gali dan SMK Shahbandar telah diberi ceramah berkaitan penagihan dadah. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan cuba mengelakkan dari terjebak dengan gejala tidak sihat ini.


Dapat menarik minat pelajar untuk mengetahui tentang jenis-jenis dadah serta akibat penagihan dadah. Situasi ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar agar menjauhi najis dadah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Impak HALO Kepada Sekolah