Impak HALO Kepada Sekolah
(i)
PERTANDINGAN MELUKIS BANNER
TARIKH : 07 MAC 2018
TAJUK
PROGRAM : PERTANDINGAN MELUKIS BANNER ANTI DADAH
MASA : 07.45 pagi – 11.15
pagi
Pelajar telah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan mengikut unit
badan beruniform
seperti Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap,
PBSM, Pandu Puteri
dan Kadet Bomba.
Melalui aktiviti
ini, para pelajar dapat menyemai dalam diri pelajar
tentang bahaya
dadah kepada diri, masyarakat dan negara.
Selain dapat menyemai
sikap anti dadah, melalui aktiviti ini juga kita
dapat memupuk
sikap kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada
pelbagai kaum sekali gus mengukuhkan perpaduan negara.
(ii)
PERSIAPAN LORONG ANTI DADAH
TARIKH : SEPANJANG BULAN JANUARI – JUN 2018
TAJUK PROGRAM : PERSIAPAN LORONG ANTI
DADAH SEMPENA
PERTANDINGAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN
Semua guru
bekerjasama untuk menyiapkan lorong masing-masing yang telah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan.
Sikap benci
terhadap dadah dapat dipupuk serta disemai dalam diri pelajar melalui lukisan
pada lantai di lorong-lorong yang sering dilalui oleh para pelajar
Kakitangan
sokongan juga berkerja keras untuk menyiapkan tugasan masing-masing. Selain
dapat memupuk sikap benci dadah, ia juga dapat memupuk semangat kerjasama
antara warga SMK Sungai Ruan
(iii)
LAWATAN KE CCRC SUNGAI RUAN
TARIKH : 6 MAC 2018
TAJUK PROGRAM : LAWATAN KE CCRC SUNGAI
RUAN (KHUSUS
UNTUK PELAJAR YANG
MEMPUNYAI MASALAH
DISIPLIN)
Para pelajar diiringi oleh guru disiplin serta guru kaunselor mengadakan lawatan sambil pelajar ke CCRC Sungai Ruan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAC1GsLW6kAdnPI1eLToKetVIkXa89Ef4aivnDPzZjg-Bv8AqHgcNwv3gc9USCKVXxsHHcS7JjhNQ9ZTRyhgAkJO71XHCYszQFwNhhj-cqhyphenhypheny0lEVSfqe9LN2K_kAMwtw-gNrY4xg2W1nl/s1600/fe5e0ca1-74bc-4a1e-bdbe-251627e63756.jpg)
Mendedahkan para
pelajar kepada situasi sebenar apabila berada di Pusat Pemulihan. Para pelajar
dibenarkan masuk ke dalam sel Pusat Pemulihan untuk merasai pengalaman sebenar
dan mewujudkan rasa keinsafan dalam diri mereka supaya tidak terjebak dalam
masalah penyalahgunaan dadah.
Pelajar dilatih
supaya menjadi lebih berdisiplin, mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta
berkeupayaan untuk menghadapi pelbagai cabaran apabila menghadapi dunia luar.
(iii)
CERAMAH ANTI DADAH
TARIKH : 8 MAC 2018
TAJUK PROGRAM : CERAMAH ANTI DADAH (KHUSUS
UNTUK
PELAJAR YANG MEMPUNYAI MASALAH
DISIPLIN)
Ceramah telah
disampaikan oleh pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk memberi
kesedaran kepada para pelajar tentang bahana yang akan berlaku akibat
pengambilan dadah.
Ceramah anti dadah
ini juga turut disampaikan oleh Pegawai Polis dari Balai Polis Raub yang
memberitahu pelajar faktor penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar yang
semakin berleluasa marcapada ini.
Diharapkan para
pelajar mengambil ikhtibar daripada ceramah yang diberikan serta menyemai dalam
diri masing-masing supaya sentiasa membenci dadah
(iv)
AKTIVITI SENAMROBIK
TARIKH : 09 MAC 2018
TAJUK PROGRAM : AKTIVITI SENAMROBIK YANG
MELIBATKAN
GURU
SERTA PELAJAR
Salah satu program
yang turut diadakan sempena Pelancaran Minggu Anti Dadah ialah aktiviti
senamrobik yang melibatkan pelajar serta guru. Aktiviti ini dapat melahirkan
warga SMK Sungai Ruan yang mempunyai badan cergas serta otak cerdas di samping
dapat menghindarkan gejala sosial terutama penyalahgunaan dadah bermaharajalela
dalam kalangan pelajar.
Semua guru terlibat
dalam aktiviti senamrobik yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama
pihak luar. Hal ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum serta dapat
melahirkan guru yang sihat serta aktif dan senantiasa bersemangat untuk
mendidik anak bangsa.
(v)
KEM KEPIMPINAN
TARIKH : 08 APRIL 2018
TAJUK PROGRAM : KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
SEKOLAH
Melalui aktiviti
berkumpulan yang dilaksanakan dalam kem kepimpinan, para pelajar memperoleh
pelbagai nilai murni seperti kerjasama, tolak-ansur serta bertoleransi.
Melalui aktiviti
yang diimplementasikan, ia dapat melahirkan pelajar cergas serta sihat dan
terhindar daripada terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah.
Hasil karya
pelajar semasa melaksanakan aktiviti semasa kem kepimpinan. Ia dapat memenuhi
masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah seterusnya mengelakkan diri
daripada terjebak dengan najis dadah.
Ulasan
Catat Ulasan