![Imej](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXOxsRnxBIdWOgCsbruRO4uho59COyGqqt2dwjQcn7uq2s0R1kazGFtr9fCWwdfrOoc-uUdlKBNxcJNZ9dF3G8LzbVpyQSsskiCtSTEyZMNwB71K7tKhWV2CMq-D6nxEgym-XltXqv0jQl/s320/animation2.gif)
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah: 1. Pergantungan secara fizikal Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya. 2. Pergantungan secara psikologikal Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapa...